Perlembagaan Persekutuan

3 - Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan

32 - Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong dan Permaisurinya yang digelar Raja Permaisuri Agong

89 - Tanah rezab orang Melayu

152 - Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh Parlimen

153 - Perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu

160 - Tafsiran "Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan -
(a) lahir, sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut;


No posts.
No posts.